02 June, 2013

Salam 1Malaysia,
Bangun pagi pada 6 Mei 2013 (Isnin) yang lalu, terasa nyaman suasana dengan aktiviti harian masyarakat di sekitar tempat tinggalku. Tambahan pula baru sehari selepas keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 diumumkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar - Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasa dan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, walaupun tak dapat majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat, tetapi cukup mencerminkan masih ada lagi rakyat Malaysia yang mahukan kestabilan politik, kemakmuran negara dan kebajikan mereka terus dijaga oleh BN. Pakatan Rakyat masih mengekalkan kuasa di Negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang...tetapi Kedah dapat semula kepada BN...Apapun tuduhan Pembangkang, kita perlulah akur dan bersetuju dengan SPR (badan yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu). Harapan kita rakyat Malaysia merenung kembali adakah demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan menguntungkan kita semua atau sebaliknya. Lihat sikit negara-negara luar seperti Iraq dan lain-lain contoh negara yang tak perlu saya coret di sini...wallahualam.