02 June, 2013

Salam 1Malaysia,
Bangun pagi pada 6 Mei 2013 (Isnin) yang lalu, terasa nyaman suasana dengan aktiviti harian masyarakat di sekitar tempat tinggalku. Tambahan pula baru sehari selepas keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 diumumkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar - Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasa dan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, walaupun tak dapat majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat, tetapi cukup mencerminkan masih ada lagi rakyat Malaysia yang mahukan kestabilan politik, kemakmuran negara dan kebajikan mereka terus dijaga oleh BN. Pakatan Rakyat masih mengekalkan kuasa di Negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang...tetapi Kedah dapat semula kepada BN...Apapun tuduhan Pembangkang, kita perlulah akur dan bersetuju dengan SPR (badan yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu). Harapan kita rakyat Malaysia merenung kembali adakah demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan menguntungkan kita semua atau sebaliknya. Lihat sikit negara-negara luar seperti Iraq dan lain-lain contoh negara yang tak perlu saya coret di sini...wallahualam.

07 May, 2009

Secebis Catatan

Salam 1Malaysia ;
Kini slogan 1Malaysia ; Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan kedengaran di segenap pelusuk negara kita. Jangan sia-siakan apa yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kerana inilah negara kita, tanahair kita, tempat tumpah darah daging kita. Allah s.w.t telah memberikan beberapa petunjuk di negara luar agar kita terus mengamalkan ajaranNya yang sebenar. Jangan bergaduh kerana ini mengundang kerosakan sesama manusia, Jangan emosional kerana ianya membawa padah, Jangan apa lagi ??? Ape ape je le, kita fikir sendiri....semua untuk diwariskan oleh anak cucu kita !

17 December, 2008

INTRO

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya diberikan sedikit kekuatan untuk saya menggunakan ruangan blog ini bagi menambah kenalan dan juga berkongsi pengalaman bersama-sama anda yang sedang membaca blog ini. Saya begitu teruja dapat menggunakan sistem ini dan amat mengharapkan anda dapat berkongsi pengalaman untuk memberi tunjukajar serta panduan-panduan berguna dalam kita menjalani kehidupan seharian. Blog ini memaparkan kehidupan saya dan orang-orang di sekeliling. Juga mengiklankan pelbagai barangan untuk tempahan diri anda mahupun untuk memulakan perniagaan.
Selamat melayari blog saya.
Please contact me :
AZIZAN BAKAR
Hand Phone : 018-4732730
Blog : http ://www.azizanbakar.blogspot.com
E-Mail : azizan.bakar@yahoo.com.my

PERFUME UNTUK DIJUAL

Minyak Wangi berbentuk Spray pelbagai jenama popular. Untuk kegunaan sendiri ataupun hendak berniaga. Dijual dalam botol atau dozen. Harga yang amat berpatutan. Hubungi saya di 019-5665012. Mau beli di Duty Free mahal beb ! Perfume ini tiada alkohol ( boleh dipakai sembahyang )...

16 December, 2008

NATURE

21.3.2008 berada di F.R.I.M Kepong, Selangor. Kursus Alam Sekitar. Seronok dapat menghayati Alam Semulajadi ciptaan Allah s.w.t. Tenang, damai, sejuk mata memandang...

12 December, 2008

ASSISTANT SECRETARY OF PEMUDA UMNO BAHAGIAN PDG.BESAR

Semasa berkhidmat sebagai Pen. SU Pemuda UMNO Bahagian Pdg. Besar. 2004-2008. Pada 2007 menjadi Perwakilan Pemuda Bahagian Ke K.L dan semasa di K.L menjadi Wakil 10 Pemuda Malaysia ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.

CHIEF D'MISSION



Chief D'Mission ke Perkampungan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan di Pengkalan Hulu Gerik, Perak mewakili Perlis.

BE A SENIOR ASSISTANT

Semasa jadi Guru Penolong Kanan Pentadbiran di Sek. Keb. Bukit Keteri. Merayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah..."National Day"- kata oghang puteh !

11 December, 2008

SOCIAL INVOLVEMENT


PENGLIBATAN :

1 Ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) sejak 1986.
2 Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Banggol Sena, Chuping, Padang Besar, Perlis.
3 Pen. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Banggol Sena, Chuping, Padang Besar, Perlis ( 1988-2004 ).
4 Ahli Jawatankuasa J.K.K.K Kg. Banggol Sena, Chuping, Padang Besar ( 2004 hingga kini ).
5 Setiausaha Persatuan Belia M.A.Y.C Banggol Sena ( KBJ )-1986 hingga 2010.
6 Pen. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar ( 2004-2008 ).
7 Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar atau "G2" dan Perwakilan 10 Pemuda UMNO Malaysia ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia di Kuala Lumpur atau "G10" (2007).
8 EXCO Pemuda UMNO Negeri Perlis ( 2004-2008 ).
9 AJK Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ( 2004-2008 ).
10 Ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)- sejak 1997 hingga kini.
11 Timbalan Yang Dipertua Dua, Majlis Belia Negeri Perlis ( sejak 2006 hingga kini ).
12 Ahli Majlis Perbandaran Kangar ( 2007-2008 ).

13 Pen. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis ( 2008 sahaja ).

14 Timbalan Pengerusi ( Penaja)Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia ( M.A.Y.C ) Negeri Perlis ( 2009-Kini ).

15 AJK Komuniti Bestari, Kg.Banggol Sena, Chuping, Perlis ( 2009-Kini )

15 Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia ( M.A.Y.C ) Kawasan Padang Besar, Perlis ( 2009 - Kini ).

16 Pengerusi Persatuan Belia ( M.A.Y.C ) Kg.Banggol Sena, Chuping, Padang Besar, Perlis ( 2010- Kini )

BE A TEACHER

Pertengahan tahun 1994, saya "Praktikal-Posting" di Sek. Keb. Kerunai Gerik Perak hinggalah penghujung tahun itu.
Mulai 1.12.1994 memulakan tugas sebagai guru di Sek.Keb.Felda Laka Selatan Changlun, Kedah. Semasa di sekolah inilah saya meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia hingga berjaya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Komunikasi dan Persuratan Melayu. Semasa itu saya berulang alik ke Pusat Pengajian Wilayah Utara di Kolej Sultan Abdul Hamid , Alor Star bersama-sama Cikgu Muzammil Mahmud dan Cikgu Yazmi Mohd. Noor.
Mulai 1.1.2003 bertukar balik ke Perlis dan bertugas di Sek.Keb.Felda Rimba Mas, Padang Besar. Oleh kerana ada sekolah baru hendak dibuka, saya bertukar pula ke Sek.Keb.Bukit Keteri. Semasa melapor diri, seingat saya orang kelima melapor diri selepas Guru Besar, Pembantu Tadbir, Pembantu Am Rendah dan dua orang guru lain. Jasa baik Guru Besar pada masa itu, Encik Abdul Hamid Hashim telah melantik saya sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Rasa saya, sayalah Penolong Kanan paling muda di Perlis pada masa itu. Terima kasih "Cikgu Mid".
Mulai 1.1.2008, saya memohon untuk bertukar ke Sek.Keb.Pauh hinggalah kini.

RESULTS OF HIGHER SCHOOL CERTIFICATE OF MALAYSIA

Setelah mengetahui keputusan STPM, mungkin tiada rezeki saya menjejakkan kaki ke menara gading maka saya mulalah memohon masuk ITM tak dapat, mohon kerja kerajaan tak dapat. Teruslah bekerja sebagai Kerani Subsidi sambil-sambil berdoa.
Tahun 1992, berkat doa ayah dan emak dapat pula temuduga sebagai guru. Mengikuti latihan perguruan di Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah dalam bidang Pengajian Melayu. Semasa di IPDA, saya masuk calon bertanding sebagai Ahli Majlis Guru Pelatih ( AMGP ). Semasa Semester Dua, bertanding sebagai Naib Pengerusi Biro Asrama. Menang. Kempen Manager saya Zairol Hisham, kini bertugas sebagai guru di Johor.

WAITING FOR HIGHER SCHOOL CERTIFICATE RESULT

Tahun 1991, saya tidak duduk diam sahaja di rumah. Atas jasa kawan sekolah saya bernama Syed Faris, saya berjaya menjadi Operator Pengeluaran di Kilang Perlis Diamond Polisher, Jejawi sebagai "pengasah berlian". Gaji pun murah pada masa itu. Apalagi, ulang-aliklah saya dengan motor Suzuki Best ke kilang itu hinggalah saya dapat temuduga sebagai Pegawai Kerani Subsidi Sambilan Bergaji Hari di L.P.N Utan Aji ( kini Bernas ), dapatlah gaji RM16.00 sehari.
Bekerja sebagai Kerani Subsidi cukup menyeronokkan kerana dapat mengetahui pelbagai perkara tentang padi yang sememangnya saya anak kampung begitu kenal dengan susah payah sebagai petani.

SECONDARY SCHOOL

Tahun 1984 saya mula menjejakkan kaki ke Sek.Men.Dato Sheikh Ahmad, Arau Perlis ( kini Sek.Men.Keb.Dato Sheikh Ahmad-difahamkan sekolah elit sekarang ). Tahun 1986 mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia ( kini PMR ). Selepas mengetahui keputusan, maka dapatlah meneruskan pengajian di Tingkatan Empat dan seterusnya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1988.
Semasa belajar di Tingkatan Empat, sempatlah menjadi Pelakon dalam Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah Perlis dan berjaya menang Tempat Pertama. Tajuk drama "Rimba Bukan Belantara" Anjuran Bersama KPM dan TV3. Dapat pula gelaran "Pelakon Terbaik". Seronok juga. Antara nama kawan-kawan yang saya ingat ialah Khairul Anuar Yahaya ( kini bertugas di TNB kangar ), Ramlan Amir, Jiniah Saliun dan ramai lagi "bintang-bintang sekolah".
Menunggu keputusan SPM, sempatlah juga mengambil upah menanam tembakau di Kg. Cikgu Ali, mengutip cili dan mengisi padi ke dalam guni. Dapatlah duit poket sendiri. Selepas tahu keputusan SPM, dapatlah meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam Rendah di sekolah yang sama. Semasa di Tingkatan Enam Rendah, dilantik pula menjadi Ketua Tingkatan Enam Sastera Satu. Semasa di Tingkatan Enam Rendah, saya menceburi pula bidang pantun kerana ada Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Malaysia. Maka berpantunlah saya hingga berjaya mewakili negeri Perlis ke Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam. Antara kawan-kawan pemantun yang masih saya ingat ialah Noor Azly Rosly, Sharmila Saidin.
Tahun 1990, belajar di Tingkatan Enam Atas sehinggalah mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Masa itu, cikgu-cikgu melantik saya menjadi Pengawas Sekolah, satu jawatan yang memang tak minat tetapi "dipaksa" kerana kata seorang cikgu, sayalah murid paling senior di sekolah itu. Cikgu "paksa" saya jadi Ketua Pengawas Sekolah ( satu jawatan glamour, tapi penuh cabaran ), pun saya tak mahu kerana niat hati hanya hendak belajar sahaja. Akhirnya seorang pelajar dari Sek.Men.Tambun Tulang yang hanya saya ingat "Che Pa" dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah pada masa itu. Selepas mengambil peperiksaan STPM, menunggulah saya akan keputusannya...

10 December, 2008

PRIMARY SCHOOL



Tahun-tahun 1970-an di Kawasan Guar Nangka tidak ada kemudahan Tabika seperti hari ini. Pada masa itu, Tabika yang ada nun jauh di Pekan Mata Air. Akibat kurangnya kemudahan pengangkutan dan taraf hidup yang hanya cukup makan pada masa itu, maka saya tidak dapat memasuki alam Tabika seperti kanak-kanak lain. Saya terus dimasukkan ke Sek. Keb. Guar Nangka dalam Darjah Satu. Walaupun tidak memasuki Tabika tetapi Celik 3M ( Membaca, Menulis, Mengira ) telah dapat saya kuasai. Saya belajar di Sek. Keb. Guar Nangka dari Darjah Satu hingga Darjah Enam. Semasa di Darjah Enam, saya dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. Manakala rakan saya, Norhayati Hussin sebagai Ketua Pengawas. Kawan-kawan yang saya masih ingat antaranya nama-nama seperti Mohd. Ali Hassan, Jasmi, Wahab, Azura, Siti Roha Yahaya, Shamiza Mohd. Noor, Mazlan, Roslan Ahmad dan ramai lagi yang tak dapat saya catatkan di sini. Semasa itu tidak ada lagi UPSR seperti hari ini, yang ada hanyalah Penilaian Darjah Lima. Saya bersekolah di Sek. Keb. Guar Nangka dari tahun 1978 hinggalah tahun 1983.

BORN

Bakar bin Md. Noh telah berkahwin dengan Siti Ajar binti Jusoh dan akhirnya telah dikurniai cahayamata lelaki pertama diberi nama AZIZAN BIN BAKAR pada 26 Januari 1971. Dilahirkan di suatu tempat terpencil bernama Kampung Pida 15, Sanglang, Kedah. Bayi ini dibawa pulang ke Kampung Tok Nai Klong ( kini Kg. Cikgu Ali mengambil sempena nama bekas Menteri Besar Perlis, Allahyarham Dato Ali Ahmad). Menjalani kehidupan sebagai anak kampung yang bergelumang dengan sawah padi, bermain tiup serunai padi, bermain guli dengan biji getah, menangkap ikan di bendang sawah, menangkul udang di sungai-sungai. Bermain lastik dengan "Chap Plong" sejenis alat menembak diperbuat daripada batang buluh kecil berpelurukan "buah cenerai". Ayah pula kini pesara FELDA Chuping manakala ibu surirumah. Menjalankan kerja-kerja sawah dan juga menoreh getah. Suatu kehidupan lampau yang mengajar erti hidup dan kehidupan.