10 December, 2008

BORN

Bakar bin Md. Noh telah berkahwin dengan Siti Ajar binti Jusoh dan akhirnya telah dikurniai cahayamata lelaki pertama diberi nama AZIZAN BIN BAKAR pada 26 Januari 1971. Dilahirkan di suatu tempat terpencil bernama Kampung Pida 15, Sanglang, Kedah. Bayi ini dibawa pulang ke Kampung Tok Nai Klong ( kini Kg. Cikgu Ali mengambil sempena nama bekas Menteri Besar Perlis, Allahyarham Dato Ali Ahmad). Menjalani kehidupan sebagai anak kampung yang bergelumang dengan sawah padi, bermain tiup serunai padi, bermain guli dengan biji getah, menangkap ikan di bendang sawah, menangkul udang di sungai-sungai. Bermain lastik dengan "Chap Plong" sejenis alat menembak diperbuat daripada batang buluh kecil berpelurukan "buah cenerai". Ayah pula kini pesara FELDA Chuping manakala ibu surirumah. Menjalankan kerja-kerja sawah dan juga menoreh getah. Suatu kehidupan lampau yang mengajar erti hidup dan kehidupan.






2 comments:

red rooster said...

teringat masa main 'cak-plong'dulu-dulu.....

azizan said...

Semuanya kenangan bro. mana ada dah cak-plong la ni. generasi baru pun dah tak kenal dah